Saturday 27 May 2017

Daging Rebus sangat sedap dan tak muak..



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua sahabat. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini dan bukan yang terakhir untuk kita semua. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dapat beribadat dengan tenang serta mudah.

Resepi pertama untuk iftar pertama kali ini sangat mudah sekali. Hari ini Cik Wan dan Mr A hanya berbuka puasa dengan daging rebus, udang galah goreng, ulam dan budu campur mangga parut, cili padi dan asam limau nipis.

Resepi daging rebus ni Cik Wan belajar daripada Cik Ma atau  Rosmawati Razali yang bertugas di SK Berangan, Kelantan. First time cuba dan rasanya memang tak dapat dipertikai lagi. Sangat sedap, segar dan tidak muak.

Jom lihat caranya:

Rebus daging bahagian urat keting (lebih sedap untuk singgang atau sup atau rebus). Masukkan sebatang serai. Cik Wan gunakan Noxxa HP 35m. Dah siap, buang serai dan masukkan dalam periuk biasa. Potong nipis daging dan rebus/panaskan sebelum dimasukkan rencah.



Untuk hidangan 1 mangkuk besar daging rebus, gunakan:

4-5 biji cili padi-tumbuk kasar
2 ulas bawang kecil- tumbuk kasar
1 biji asam limau nipis
4-5 helai daun bawang-potong pendek

Perisa:

Garam secukupnya- tadi Cik Wan guna 1 sudu kecil garam
Gula secukupnya- tadi Cik Wan secubit dua sahaja
Ajinomoto- jika suka

Cara penyediaan;


  1. Masukkan daging dan kuah yang panas-panas ke dalam mangkuk hidangan.
  2. Masukkan bahan perisa garam gula dan ajinomoto.
  3. Masukkan bahan hiasan.
  4. Kacau mesra dan rasa- tambah apa yang patut. (mesti ada masam, masin dan manis sedikit)
  5. Siap!!!.
Sedapnyaaaa.....boleh dihidang masa berbuka ataupun bersahur, Selamat mencubaa...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...