Tuesday 14 May 2013

Udang Tepung Mudah



Resepi udang tepung ini saya pelajari daripada Cikgu Puan Thava, rakan sekolah pada tahun 2003. Kira-kira dah 10 tahunlah resepi ni. Terima kasih Puan Thava. Resepi ini sangat mudah dan tidak pernah tak menjadi . Seperti dalam gambar inilah selalunya kemenjadiannya..hahahahaha.....Cik Wan dah fening :-)

Sesiapa yang anak ramai tak payah susah hati lagi. Tak payah pergi restoran Siam yang banyak menjual udang tepung tapi harganya masyaAllah..mahal macam bedil Mek saya kata..hahaha. Bukan apa, harganya paling kurang RM6 sepiring, udangnya kecik saja tapi tepungnya yang besar gedabak..senang2, jom kita buat sendiri baru puas hati.... betul tak?

Bahan-bahannya;
Udang - dibuang kepala, kulit dan belah belakangnya. Ekor jangan buang. Basuh bersih, toskan hingga kering dan perap dengan lada sulah serta sedikit garam.

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu minyak masak
1 biji putih telor
Air sejuk (dari peti ais)
garam
lada sulah

Cara-caranya;
  1. Bancuhkan semua bahan seperti bancuhan tempura/goreng pisang.
  2. Pegang ekor udang, celupkan udang ke dalam batter tadi.
  3. Masukkan dalam minyak panas yang banyak. 
  4. Goreng hingga kekuningan. Angkat. Siap.
*semalam saya gorengkan juga sotong dan cendawan....best macam tempura.!!

2 comments:

  1. Betul tu Cik Wan... buat sendiri lagi puas hati daripada makan di kedai, buat taik gigi je he he ehhh sebab udangnya pun kecik2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sungguh Amie..sakit hati bila tengok anak-anak korek keluar udangnya yg kecik2 tu dan tinggalkan tepungnya yang besar penumbuk dalam piring hahahaha..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...