Saturday 28 July 2012

Laksa Lemak aka Laksa Kelantan

Banyak-banyak jenis laksa, laksa ni dah sebati dengan jiwa saya...hihihi..sedap manapun laksa lain, laksa kelate juga idaman kalbu..huhhh...kelate fanatik nih...hahah..jom kita tengok resepinya;

Untuk kuah;
1 kg ikan (sardin/selayang, kembongpun boleh...tapi tak payahlah nak guna ikan parang atau ikan mahal yang lain...laksa ni bukan macam laksa Johor..agaknya ni laksa golongan marhaen sahaja..hikhikhikk..
2 biji kelapa diambil santannya (jangan terlalu pekat)
10 biji bawang merah kecil
1 sudu lada hitam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Asam keping
* ada orang tidak masukkan bawang putih dan halia. Pengalaman saya yang diajar oleh Mek yang menjual laksa dan lakse, kedua-dua bahan ini akan menghilangkan bau hanyir dan kuah jadi lebih beraroma dan wangi)

Cara-cara membuatnya;
Rebus ikan dengan garam dan asam keping. Sejukkan dan asingkan isi dengan tulangnya.
Mesinkan isi ikan dengan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan dalam santan.
Tumbukkan lada hitam dan masukkan sekali ke dalam santan.
Masukkan garam, 4 asam keping dan sedikit ajinomoto. Masak hingga menggelegak. Siap.
* jika suka boleh blend tulang ikan berasingan dan tapiskan ambil airnya. Tapi kesannya ialah kuah akan menjadi sedikit hitam/gelap. Jika mahu kuah putih bersih, jangan masukkan air tulang tadi)
* orang kelantan biasanya akan masukkan gula dan kuah akan menjadi sedikit manis...saya pula kurang berselera kalau manis...heheheh..maklumlah...kelantan celup daaa..
Siap...eh!! laksanya macam mana?..hehehe
Laksanya:
Boleh cari di Pasar Besar Selangor atau di Pantai Dalam (Ahad)...fresh from Kelantan...hehehe
Kalau tak ada, boleh cari di Tesco jenama Twenty (paket warna oren)...setakat ni jenama tu sahaja yang 100% kandungan beras...senang direbus dan lembut seakan-akan laksa segar.

Laksa dihidang bersama dengan:
a) Ulam-ulam seperti;
Daun Kesum
Kacang panjang
Taugeh
Timun
Bunga Kantan
Pucuk Samak aka pucuk muda daun Salam
Daun Selasih jika suka..

b) Sambal lada
10 biji cili padi
1 sudu besar garam
Tumbuk hingga lumat.

c) Belacan
Letakkan je atas piring dengan sudu kecil..hehehe..sape yang suka boleh ambil...huhhh real kelantanese...

eeeiikkkkk...mana belacannya?
Nah...resepi dah ada...tak payah pergi Kelantan dah boleh masak dan menikmatinya sepuas hati...selamat memasak ye...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...